Sunday, May 18, 2014

SYEKH ABUL HASAN ASY SYADZILI QS WA RA ALGHOUTS FII ZAMANIHI DIFITNAH

YAA SAYYIDII YAA AYYUHAL GHOUTS !

SYEKH ABUL HASAN ASY SYADZILI QS WA RA ALGHOUTS FII ZAMANIHI DIFITNAH

Sayyidina Syeikh Abul Hasan Ali bin Abdullah bin Abdul Jabbar Asy Syadzili Al Maghribi Al-Hasani Al Idrisi Qs wa Ra lahir di Ghamarah, desa dekat Sabtah, Maroko, Afrika Utara pada tahun 591 H / 1195 M.
Berikut ini nasab Syeh Abu Hasan Asy-Syadzili: Abul Hasan, bin Abdullah Abdul Jabbar, bin Tamim, bin Hurmuz, bin Hatim, bin Qushay, bin Yusuf, bin Yusya', bin Ward, bin Baththal, bin Ahmad, bin Muhammad, bin Isa, bin Muhammad, bin Hasan, bin Ali bin Abi Thalib suami Fatimah binti Rasulullah SAW.
Di Fitnah nasab beliau tidak bersambung dengan nasab Sayyiduna Rosululloh SAW.
Di Zaman beliau Nuqoba' Asyraf di mesir tidak meyakini dan meragui tentang nasab beliau, sehingga pelbagai fitnah yang menimpa terhadap beliau,kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau . Bila di tanyakan kepada beliau oleh murid beliau Sayyidi Abul Abas Mursi Ra , Al-Syaikh Sayyid Abul Hasan al-Syadzili Ra menjawab :
كفي باءقرار سيدنا النبي
لاَ يَكْمُلُ عَالِمٌ فِي مَقَامِ الْعِلْمِ حَتَّى يُبْلَى بِأَرْبَعٍ : شَمَاتَةِ اْلأَعْدَاءِ ، وَمَلاَمَةِ اْلأَصْدِقَاءِ ، وَطَعْنِ الْجُهَّالِ ، وَحَسَدِ الْعُلَمَاءِ ، فَإِنْ صَبَرَ جَعَلَهُ اللهُ إِمَامًا يُقْتَدَى بِهِ.
" Manusia tidak mengakui, itu tidak mengapa, asal saja Sayyiduna Muhammad SAW yang mengakuinya, Memadai dengan pengakuan Baginda SAW.
Seorang ‘alim tidak akan sempurna keilmuannya sehingga dia diuji dengan empat hal ;
1) dimaki oleh musuh-musuhnya,
2) dicela oleh teman-temannya,
3) dicacat oleh orang-orang bodoh,
4) diiri oleh orang-orang pandai.
Maka barangsiapa yang sabar menghadapi ujian-ujian ini, niscaya Allah akan menjadikannya sebagai imam(pemimpin) yang diikuti.
" Takdir Allah Ta'ala, seorang sayyid bermimpi berjumpa Baginda SAW. Lalu si sayyid itu bertanya "
يا رسول الله, هل شذولي من ذريتك؟؟
Ya RosuluLLAH, Adakah Abul Hasan Syazuli itu dzuriyyat mu??"
Sabda Sayyiduna Muhammad SAW : " نعم, ومن تعلق بالجزء فقد تعلق بالكل"
"Ya beliau dzuriyyatku, dan siapa berpegang dengannya maka sungguhnya berpegang ia akan aku".
Suka ·  · 

No comments:

Post a Comment